Bagaimana Ia Berfungsi?

Secara ringkas:

HDIW illustration

‘Host’ sekuriti anda menerima isyarat dari pengesan yang anda pasang. Ini dilakukan melalui frekuensi radio 315MHz/433MHz. WIFI tidak diperlukan ketika ini.

Apabila isyarat diterima, tertakhluk kepada arahan yang anda tetapkan melalui telefon pintar anda, ia akan samada; mengabaikan (jika dalam keadaan ‘disarm’), membunyikan loceng, ‘ding-dong'(jika fungsi ‘doorbell’ dipilih) atau membunyikan siren beserta menghantar sms/ push notification.

‘Host’ sekuriti anda dihubungkan ke internet menggunakan WIFI (cara utama), GPRS/3G (cara kedua). Mesej dari ‘Host’ diterima sebagai ‘Push Notification’. Ianya percuma. Arahan dari telefon pintar anda disalurkan melalui aplikasi dana dihantar sebagai data.

Jika data tidak berfungsi (sebagai contoh; ‘host offline’-data di pihak host, atau tiada talian data- di pihak telefon pintar anda), SMS digunakan untuk menghubungkan ‘host’  terus ke telefon anda. Ini untuk mengaktifkan fungsi ‘arm’ atau ‘disarm’. Applikasi telefon pintar tidak diperlukan. Dalam keadaan ini, mana-mana telefon bimbit boleh digunakan.

Cara terakhir untuk mengaktifkan fungsi ‘arm’ atau ‘disarm’ ialah dengan panggilan telefon kepada ‘host’ menggunakan kata-laluan and pilihan kekunci. Mana-mana telefon boleh digunakan untuk tujuan ini.