Sistem Kamera Mandiri.

 

Sistem yang amat ringkas. Kamera IP berfungsi sebagai ‘host’ dan menerima isyarat dari semua pengesan yang anda pasang. Isyarat ini dalam bentuk frekuensi radio 433MHz. Rakaman dibuat ke dalam kad sd pada kamera. Segala arahan datang dari aplikasi telefon pintar anda melalui WIFI. Anda dapat menonton video dari kamera ini secara langsung juga mengunakan WIFI.

Sekiranya talian WIFI tiada, kamera anda akan tetap memenuhi arahan yang tersedia seperti, apabila pengesan mengesan sesuatu, ia merakam, menghantar e-mel  atau push notification, mengaktifkan siren. Bagaimanapun, anda tidak dapat menerima apa-apa, tidak dapat menghantar arahan baru mahupun membatalkan sistem dan siren yang berbunyi.

stand alone